MEI 2022

Fadillah Bakal Pertahan Kerusi Parlimen Petra Jaya


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membayangkan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof akan bertanding semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan calon untuk bertanding di kesemua 31 kerusi parlimen nanti.

“Oleh itu, kita (rakyat) harus menjaga perpaduan sekarang supaya Fadillah menang besar dalam PRU nanti,” katanya pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Tri-Tahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N8 Satok Sesi 2022-2025 dan Ramah Tamah Aidilfitri di sini.

Sebagai info, Fadillah, 60, yang juga Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Menteri Kanan Kerja Raya mengekalkan kerusi Parlimen Petra Jaya empat penggal berturut-turut sejak 2004.

Pada PRU Ke-14, Fadillah bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) ketika itu menang dengan mendapat 28,306 undi mengalahkan Nor Irwan Ahmat Nor (Pakatan Harapan) mendapat 13,289 undi. Majoriti undi sebanyak 15,017.

Sumber dari : Jiwa Bakti